Liberalisasi Seterusnya Beberapa Subsektor Perkhidmatan Dijangkakan Dalam Bajet 2011

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan liberalisasi seterusnya dalam beberapa subsektor perkhidmatan dalam Bajet 2011 esok dalam usahanya untuk menggalakkan persaingan, inovasi dan pelaburan dalam sektor tersebut, kata Pengarah Urusan kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) Datuk Mohd Najib Abdullah.

Subsektor yang dijangkakan tersebut adalah borongan dan runcit, telekomunikasi dan perniagaan dan perkhidmatan kewangan, katanya kepada Bernama menerusi emel hari ini.

"Oleh kerana sektor perkhidmatan domestik sudah pastinya memerlukan persekitaran yang menyokong untuk memainkan peranan dipertingkat yang diperlukannya, bajet dijangka mengumumkan langkah-langkah fiskal dan bukan fiskal ketara bagi sektor perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata bajet tahun depan penting kerana ia akan menjadi bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), dengan sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan masa depan.

"MIDF juga menjangka bajet memasukkan insentif bagi bidang ekonomi utama yang disasarkan seperti minyak dan gas, minyak sawit, penjagaan kesihatan, pertanian dan pelancongan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan kemampanan pemulihan ekonomi sekarang," kata Mohd Najib.

Selain itu, Mohd Najib berkata beliau menjangka lebih banyak usaha dibuat untuk meningkatkan modal insan negara menerusi latihan vokasional dan pendidikan tinggi.

Bagaimanapun, usaha-usaha ini tidak menjejaskan hemat kewangan dalam mengurus dan mencapai defisit rendah, semasa meningkatkan ekonomi negara, katanya.

"Justeru itu, saya menjangka bajet mengekalkan kaedah, mekanik dan langkah-langkah untuk menyokong bidang-bidang utama yang telah diumumkan," katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Amerika Malaysia Nicholas S. Zefferys berkata negara harus menangani isu-isu membangunkan tenaga kerja tempatan.

"Membangunkan tenaga kerja tempatan penting bagi Malaysia. Itulah sebabnya mengapa Model Baru Ekonomi menumpukan kepada meningkatkan pendapatan untuk mengekalkan pekerja Malaysia di sini. Tenaga kerja pintar meninggalkan negara bagi mendapatkan pendapatan lebih tinggi," kata Zefferys, juga anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MAPEN).

Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan perlu mengukuhkan sistem pendidikan dalam negara, terutamanya di peringkat rendah dan menengah, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan