Dalang Sindiket Di Pintu Masuk Mungkin Lebih Ramai - KP Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai jabatan itu terlibat dalam kegiatan memperdagangkan orang.

"Sehubungan itu, Jabatan Imigresen akan melakukan siasatan dalaman terhadap pegawai yang menguruskan pintu masuk," katanya ketika ditemui mStar Online di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai penahanan tujuh pegawai imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Abdul Rahman berkata, siasatan dalaman secara terperinci akan dilakukan bagi membanteras pegawai imigresen korup yang melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

"Ini bukan soal untuk memperketatkan kemasukan di pintu masuk tetapi mengenal pasti sama ada pegawai imigresen menjalankan tugas berdasarkan ketetapan di bawah arahan Ketua Pengarah Imigresen atau tidak.

"Jika terdapat pegawai imigresen yang disyaki melakukan kesalahan seumpama itu, Jabatan akan terus mengambil tindakan undang-undang," tegasnya.

Beliau menambah, pihak polis juga mempunyai kuasa untuk membuat tindakan berdasarkan bukti di bawah ISA.

"Kita akan melihat sejauh mana kemudaratan yang berlaku akibat daripada ketidakcekapan pegawai imigresen menguruskan pintu masuk negara," katanya.

Berhubung penahanan itu, Abdul Rahman berkata, mereka adalah pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Jelasnya, berdasarkan laporan pihak polis, penahanan itu dibuat berdasarkan bukti kukuh.

"Justeru, penahanan tujuh pegawai imigresen tidak dilihat sebagai sesuatu yang keterlaluan.

"Kita akan lihat perkembangan siasatan pihak polis berdasarkan bukti yang diperoleh," katanya.

Beliau turut tidak menolak dakwaan penahanan itu kemungkinan melibatkan sindiket terancang.

Katanya, mereka mungkin membawa masuk warga asing dengan janji untuk diberikan pekerjaan di negara ini.

"Bagaimanapun, kita tunggu hasil siasatan pihak polis sepanjang penahanan individu terbabit di bawah ISA," katanya lagi.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menyifatkan penahanan itu sebagai satu peringatan kepada semua pegawai imigresen agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab kerana kerajaan akan menggunakan peruntukan undang-undang sekiranya melibatkan ancaman keselamatan negara.

"Penahanan ini bukan kali pertama kerana sebelum ini terdapat pegawai imigresen ditahan di bawah ISA antara tahun 1994 dan 1995.

"Pun begitu, bukan semua salah laku pegawai imigresen akan dikenakan tindakan ISA tetapi bergantung kepada bukti daripada pihak polis," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan