Dagangan Dua Hala Malaysia-EU Dijangka Naik Kepada Lapan Peratus Selepas FTA

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdagangan dua hala Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU), dijangka meningkat kepada lapan peratus dalam masa 12 tahun, apabila muktamadnya Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah-Malaysia (FTA) kata Ketua Delegasi EU ke Malaysia Vincent Piket.

Tahun lepas, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar EU di Asia Tenggara dengan perdagangan dua hala pada anggaran RM99 bilion.

Piket berkata FTA itu dijangka dimuktamadkan dalam masa 18 hingga 24 bulan lagi. Ia mula dibincangkan secara formal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa rundingan EU di Brussels minggu lepas.

"Sekiranya FTA ini berjaya, Malaysia akan mendapat akses keutamaan ke pasaran EU yang terbesar masa kini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Dewan Perniagaan dan Perindustrian EU-Malaysia (EUMCCI) bersempena Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM) di sini, Khamis.

Hadir sama, pengerusi EUMCCI, David Jones.

Mengulas mengenai penyertaan EUMCCI pada IGEM yang berlangsung selama empat hari itu, Jones berkata lebih 170 mesyuarat perniagaan diatur antara usahawan Malaysia dan syarikat EU pada acara berkenaan.

Beliau berkata 85 peratus daripada syarikat EU adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memandangkan mereka merupakan penyumbang utama dalam bidang teknologi hijau di Eropah, dengan 95 peratus paten dalam bidang itu dimiliki mereka.

"Sesi padanan perniagaan dijangka menyaksikan dua pelaburan baru dari Jerman dalam bidang teknologi hijau di Malaysia tidak lama lagi," katanya.

Penyertaan EUMCCI dalam IGEM disokong oleh EU dengan tiga pavilion melibatkan 39 syarikat dari sembilan negara, Austria, Denmark, Perancis, Jerman, Greece, Itali, Holland, Poland dan Portugal. Antara syarikat Eropah yang mengambil bahagian pada IGEM ialah Alstom, Siemens, Philips dan Q-Cell. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan