Ahirudin Beri Keterangan Dakwaan Libatkan Anak Rais - Berita Semasa | mStar

Ahirudin Beri Keterangan Dakwaan Libatkan Anak Rais

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Penulis blog Rocky's Bru Rabu hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada pukul 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar.

"Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin...sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya.

Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Ahiruddin berkata beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu tersebut.

Katanya setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu.

Beliau berkata Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terlibat dalam pemberian geran RM1 bilion itu.

"Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan