50,756 Orang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam Tahun Lepas

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seramai 50,756 orang dilantik ke pelbagai jawatan di dalam perkhidmatan awam sepanjang tahun lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri. Beliau berkata kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 1.5 juta calon yang mengemukakan permohonan secara dalam talian kepada SPA untuk menyertai perkhidmatan awam, tahun lepas.

"Bagi tahun ini, sejak Januari sehingga 1 Okt lepas, seramai 934,680 calon telah mengemukakan permohonan kepada SPA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA cawangan Johor Baharu, di Menara Ansar, di sini, Khamis.

Jamaluddin berkata mengikut rekod, seramai 26,641 calon di kalangan anak-anak Johor ditemu duga sejak Januari lepas sehingga awal bulan ini dengan 4,551 calon daripadanya kini dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Bagi tahun lepas, beliau berkata seramai 56,835 calon di kalangan anak-anak Johor ditemu duga dengan 6,332 daripadanya dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Mengulas mengenai penubuhan Pusat Temu Duga itu, Jamaluddin berkata SPA sebelum ini terpaksa mendapatkan kerjasama daripada beberapa Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri untuk menjalankan urusan temu duga.

"SPA memahami masalah yang dihadapi oleh jabatan dan agensi persekutuan dan negeri untuk menyediakan bilik temu duga yang sesuai terutama apabila urusan temu duga diadakan dengan kerap.

"Adalah menjadi hasrat SPA untuk memberikan khidmat terbaik dengan menjadikan pusat temu duga ini sebagai pusat sehenti untuk menyalurkan maklumat kepada pelanggan seperti Hari Bersama Pelanggan, ceramah kerjaya untuk pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan," katanya. Pusat Temu Duga itu menurut Jamaluddin, mampu menampung 80 hingga 160 calon dalam satu masa dengan memiliki tiga bilik temu duga, sebuah bilik pemeriksaan fizikal, ruang menunggu calon dan kemudahan komputer berinternet. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan