PKR

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim ingin memberi laluan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden bakal menjadikan parti itu sebagai parti yang mengamalkan prinsip 'kronisme'.

Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, apabila perkara tersebut berlaku, imej PKR sebagai sebuah parti yang adil akan tercalar.

"Jika Zaid betul-betul ingin memberi ruang kepada Izaah bertanding jawatan Timbalan Presiden, kedudukan PKR dalam bahaya.

"Ini kerana sudah pasti akan berlaku perpecahan di kalangan penyokong-penyokong dalam parti terutamanya antara penyokong Azmin Ali dan Izaah. Amalan berpuak-puak juga akan muncul antara kumpulan penyokong calon yang menang dan mereka yang kalah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid yang mengumumkan bersedia menarik diri dan memberikan sokongan penuh jika Nurul Izzah bertanding.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sekiranya Izzah benar-benar mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam PKR, ahli-ahli di peringkat akar umbi akan mula ragu-ragu terhadap pucuk pimpinan dan parti itu akan di lihat sebagai parti anak beranak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari jawtan Penasihat hinggalah ke jawatan Timbalan Presiden parti dikuasai oleh ahli keluarga anak.

"Ini secara tidak langsung akan menyebabkan timbul rasa tidak senang di kalangan ahli parti dan pemimpin lain yang telah bersama PKR sejak hari pertama ia ditubuhkan," katanya.

Ahmad yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, tindakan Zaid ingin menarik diri sekiranya Izzah bertanding turut membayangkan beliau sedia menerima hakikat dirinya bakal tewas pada pemilihan PKR kali ini.

"Zaid mungkin sudah melihat bahawa dia tidak mempunyai peluang untuk menang jawatan Timbalan Presiden.

"Jadi dia cuba menamakan Izzah sebagai seteru yang sepadan untuk Azmin. Ini kerana jika Izzah benar-benar bertanding pasti akan menyebabkan pecah undi berlaku, kerana kedua-dua mereka merupakan pemimpin yang sangat dikenali dan telah bersama parti sejak hari pertama PKR ditubuhkan.

"Pasti akar umbi akan menghadapi konflik dalam membuat pilihan siapa yang layak menjadi pemimpin nombor dua PKR sekiranya perkara ini berlaku," katanya.

Jelasnya, sekiranya Zaid tewas pada pemilhan kali ini maka kedudukannya dalam PKR akan goyah oleh itu beliau terpaksa menggunakan apa jua cara untuk memenangi pemilihan kali ini.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, Zaid yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu masih lagi mempunyai peluang untuk menang kerana bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu punya faktor kewangan yang kukuh berbanding Azmin mahupun Izzah.

"Di sini Zaid ada kelebihan, faktor kewangan sudah pasti memberi kelebihan kepadanya. Mungkin dia dapat membeli undi daripada perwakilan yang layak mengundi.

"Beliau boleh memanipulasi keputusan pemilihan kali ini sekiranya beliau dapat membeli undi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan