Peletakan Jawatan Naib Pengerusi Tidak Jejas GPMS Kedah

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Zuraidi Rahim berkata tindakan Naib Pengerusi GPMS Kedah Lukman Moidin meletak jawatan semalam tidak memberi kesan kepada pertubuhan itu.

Beliau sebaliknya mengalu-alukan keputusan itu kerana Lukman dikatakan tidak pernah memberi komitmen dalam program-program yang dijalankan GPMS Kedah.

"Dia tidak pernah datang program, tidak pernah datang mesyuarat. Peletakan jawatannya adalah kerana sentimen peribadi. Sedangkan kerja dalam GPMS ini adalah kerja sukarela," katanya.

Dalam satu kenyataan, Lukman mengumumkan peletakan jawatannya berikutan beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu, ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi mereka secara keterlaluan.

Lukman yang juga bekas Setiausaha GPMS Kedah sesi 2006 hingga 2009 berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden GPMS Pusat Jais Abdul Karim.

Zuraidi menafikan bahawa GPMS Kedah telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi dan matlamat mereka kepada agenda pendidikan negara masih belum tersasar.

"Kalau dia tengok program kita, semuanya berkisar kepada pendidikan terutama kepada pelajar-pelajar miskin. Sejak saya memegang GPMS Kedah awal tahun ini, memang pendidikanlah yang saya utamakan.

"Kerana itu juga kita tetap akan teruskan program sedia ada yang jika diteliti tiada kaitan agenda peribadi sebaliknya hanyalah program pendidikan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan cara Lukman meletakkan jawatan dengan memaklumkan terus kepada GPMS pusat tanpa memberitahu GPMS negeri tentang perkara itu.

"Sepatutnya peletakan jawatan itu dimaklumkan kepada saya. Saya hanya mengetahuinya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) Presiden GPMS semalam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan