Laporan Lengkap Tragedi Simpang Ampat Siap Tidak Lagi

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap mengenai kemalangan yang meragut 12 orang nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, Ahad lalu dijangka siap dan akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada beberapa agensi lain yang berkaitan.

Menurut beliau, sehingga kini hanya JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) telahpun menyiapkan laporan berhubung kemalangan ngeri tersebut.

"Kertas siasatan JPJ dan Puspakom akan digabungkan dengan laporan daripada agensi lain seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dan Polis Diraja Malaysia," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Ditanya mengenai hasil siasatan JPJ, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan