Keputusan Pemilihan PKR Cabang Subang Dibatalkan – Saifuddin

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermesyuarat pada 5 Oktober lalu telah membatalkan pemilihan Cabang Subang dekat sini berikutan ancaman dan ugutan yang diterima pengawas yang memantau pemilihan cabang berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010.

Ancaman dan ugutan itu diterima oleh ahli JPP, Sabaruddin Mohd Yassin, kata Saifudin dalam satu kenyataan medianya di sini pada Rabu.

Berikutan perkara tersebut, Saifuddin berkata JPP juga telah memutuskan dua individu iaitu Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Sivam Veeramuthu (no ahli B160000800) hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apabila tarikh baru ditentukan oleh sekretariat ibu pejabat parti itu kelak.

"Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa sertamerta.

Pada 29 September lalu, pemilihan peringkat Cabang Subang kecoh apabila bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Subang, Muhammad Najmi memenangi kerusi panas Ketua Cabang PKR Subang mengalahkan penyandangnya R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

Najmi yang memperoleh 164 undi menewaskan empat calon lain menyifatkan kemenangan beliau adalah bukti anggota PKR Subang mahukan perubahan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan