Kaji Semula Pembahagian Kerusi Pilihan Raya BN - Pemuda Umno

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mahu Barisan Nasional (BN) mengkaji semula formula pembahagian kerusi sekiranya mahu mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, formula pembahagian kerusi tersebut perlu dilihat kepada aspek kekuatan parti masing-masing kerana landskap politik negara sudah berubah.

“Kita perlu melihat dengan jujur dan ikhlas dalam soal kekuatan parti masing-masing dalam BN. Sekiranya perkara itu menuntut formula yang baru, biarlah kita ada keterbukaan untuk membincangkan isu ini.

“Saya rasa kita tidak perlu terikat dengan formula yang lama kerana persekitaraan politik sudah berubah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini pada Selasa malam.

Bagaimanapun Khiary menegaskan bahawa formula tersebut tidak bermakna ada parti komponen yang akan mendapat kerusi yang lebih dan ada yang mendapat kerusi yang sedikit.

“Formula itu mungkin menyebabkan, kita perlu mengubah cara kita mengagihkan kerusi. Saya tidak kata parti mana yang dapat kurang, parti mana yang dapat lebih,” katanya.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi, Pemuda BN akan menurunkan kira-kira 1,000 anggotanya bagi membantu memperkuatkan jentera parti kali ini.

“Lebih kurang 1,000 ahli Pemuda akan digabungkan dengan jentera di peringkat negeri dan bahagian Galas nanti.

“Di Batu Sapi kita banyak bergantung kepada jentera Pemuda di Sabah sendiri. Kita akan selaraskan jentera Pemuda Umno dan BN kerana kerusi ini kerusi Parti Bersatu Sabah,” katanya.

Ditanya mengenai isu yang akan di bawa oleh Pemuda Umno pada pilihan raya kecil di Galas, Khairy berkata: “Kita akan bangkitkan isu ladang rakyat, kerana kita dapat maklumat ramai penduduk dan pengundi di Galas telah ditipu dan tidak dapat apa yang telah dijanjikan.”

Khairy berkata program tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat kerana ia tidak mendapat pulangan yang dijanjikan sedangkan projek berkenaan telah dimulakan oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS.

“Pada masa yang sama kita juga perlu berjaga-jaga dengan kempen yang telah dimulakan oleh parti lawan kerana kita dapati berlaku unsur paksaan dan ugutan daripada jentera PAS di Galas.

“Kita juga akan mengambil maklum mengenai perkara ini. Ugutan ini dalam bentuk habuan dan buat masa sekarang kita telah meminta jentera di peringkat bahagian mengumpul maklumat mengenainya,” katanya.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim Sulaima, 45, dari PAS, dan Suruhanjaya Pilihan raya menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundian pada 4 November.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan