ATM Sertai Tujuh Misi Pengaman PBB Di Seluruh Dunia Sejak 1960-an

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memperoleh pelbagai manfaat termasuk disanjung masyarakat antarabangsa manakala anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat pendedahan berguna sepanjang penglibatan dalam tujuh misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia sejak tahun 1960-an. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abd Latiff Ahmad berkata dalam tempoh itu hampir 20,000 anggota tentera terlibat dalam misi itu yang memberi impak positif kepada negara khususnya menguji kesiapsiagaan ATM dan mengaplikasikan doktrin serta prosedur perperangan.

"Anggota-anggota ATM juga mendapat pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi konflik selain mempamerkan Malaysia sebagai negara yang prihatin terhadap keamanan sejagat selaras dengan polisi serta dasar luar negara," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) berhubung jumlah operasi pengaman negara di bawah panji PBB dan impak kepada negara.

Abd Latiff berkata misi pengaman itu juga telah menarik minat ramai pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan membuka ruang pelabur tempatan melabur di negara-negara berkenaan, contohnya di Kemboja.

Antara misi yang telah disertai adalah Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Congo (UNOC) mulai Oktober 1960 hingga April 1963, Kumpulan Bantuan Peralihan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNTAG) di Namibia (Februari 1989 - April 1990) dan Pihak Berkuasa Peralihan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Kemboja (UNTAC), Mac hingga November 1993.

Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia II (UOSOM II), Jun 1993 hingga Februari 1995), Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Bosnia Herzegovenia (UNPROFOR) (Disember 1993 - Julai 1998), Operasi Khas Timor Leste (Mei-Ogos 2006) dan Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan (Januari 2007 hingga sekarang).

Dr Abd Latiff berkata sejumlah RM50 juta dibelanjakan bagi setiap misi pengaman yang disertai negara.

"Bagaimanapun, kita menerima pulangan balik daripada PBB ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan dan perkara ini tidak memberi impak yang besar ke atas perbelanjaan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan