7 Kakitangan Imigresen Antara 9 Ditahan ISA

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, turut ditahan ialah dua warga asing.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi pada Ahad lalu sehingga semalam.

"Polis akan berusaha segala yang mungkin bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara transit untuk warga asing melakukan aktivit jenayah.

"Penahanan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci, bagi membanteras kegiatan sindiket terbabit yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kegiatan sindiket itu bukan sahaja menimbulkan ancaman kepada negara tetapi juga di rantau ini.

Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan