Viva Palestina Gesa Kerajaan Mesir Beri Kebenaran Konvoinya Meninggalkan Lattakia

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Viva Palestina Malaysia hari ini menggesa kerajaan Mesir supaya membenarkan konvoi itu yang terkandas di Lattakia, Syria selama sembilan hari sejak 3 Okt lepas, untuk memasuki pelabuhan El-Arish secepat mungkin.

Timbalan Pengerusinya Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata konvoi itu terdiri daripada 143 kenderaan yang sarat dengan muatan bantuan ubat-ubatan, bahan pembelajaran dan 400 sukarelawan untuk dihantar ke Gaza.

"Kami mendesak kerajaan Mesir menetapkan tarikh supaya konvoi boleh bertolak dari Lattakia ke El-Arish dengan segera. Apa yang penting sekarang ialah mereka perlu memasuki Mesir terlebih dahulu sebelum bergerak ke Gaza.

"Sekarang ini mereka tidak boleh masuk dan hanya menunggu kerana menemui jalan buntu dan lagi lama mereka terkandas lagi menambahkan kos perbelanjaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.

Beliau berkata konvoi itu yang pada mulanya dijangka tiba di Gaza pada 10 Okt, masih menunggu keputusan kerajaan Mesir sama ada konvoi berkenaan boleh belayar dari Lattakia dan memasuki pelabuhan El-Arish.

Pada Selasa, Siti Jamilah menyerahkan surat rayuan supaya kerajaan Mesir membenarkan konvoi itu meninggalkan Lattakia, kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Semalam, salinan surat itu dihantar kepada Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Mesir di sini, Tamer G. El-Mawaziny.

Siti Jamilah berkata antara lain, konvoi itu terkandas disebabkan faktor keselamatan.

Konvoi darat kelima Viva Palestina "A Global Lifeline to Gaza" adalah konvoi antarabangsa dari lebih 30 negara yang turut disertai oleh 14 sukarelawan dari Malaysia.

Delegasi sukarelawan Malaysia itu mengiringi sumbangan daripada individu dan pertubuhan dari Malaysia terdiri daripada enam kenderaan yang membawa muatan bantuan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan