Tuanku Mizan Nasihati Jemaah Patuhi Peraturan Pihak Berkuasa Arab Saudi

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELANA JAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menasihati jemaah haji Malaysia supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi semasa mengerjakan haji.

Baginda juga menasihati para jemaah supaya sentiasa mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh Tabung Haji Malaysia sepanjang mereka berada di tanah suci.

"Beta berharap jemaah haji Malaysia dapat mengikuti segala peraturan yang digariskan oleh Tabung Haji bagi menjamin keselamatan serta melicinkan proses mengerjakan haji.

"Tabiat baik ini hendaklah sentiasa diamalkan bagi menjaga imej jemaah haji Malaysia yang sentiasa menerima pujian daripada pihak berkuasa Arab Saudi," titah baginda ketika mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Haji di sini hari ini.

Turut mengucapkan selamat jalan ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Pada majlis itu seramai 250 bakal jemaah haji menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka merupakan sebahagian daripada 350 jemaah bagi penerbangan ke-9 yang akan berlepas ke tanah suci malam ini.

Sebahagian lagi sudahpun berada di KLIA. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan