Sokongan Orang Ramai Kepada BN Tidak Terjejas Walaupun ADUN Anggota Bebas

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin berkata sokongan orang ramai kepada Barisan nasional (BN) bagi kawasan pilihan rayanya, Karamunting tidak terjejas pada pilihan raya kecil Batu Sapi walaupun beliau tidak mewakili mana-mana parti.

Katanya sokongan itu tidak terjejas walapun beliau belum memutuskan parti yang akan dianggotai kerana wakil rakyat Bebas itu masih ada tenaga kerja dan penyokong di kawasan Dewan Undangan Negeri itu.

Sebuah jawatankuasa pilihan raya kecil untuk Batu Sapi akan ditubuhkan tidak lama bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhirnya kepada anggota Parlimen Batu Sapi mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah di sini, Selasa.

Chong terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, di sini pada Sabtu lepas.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk mmebantu BN memenangi semula kerusi itu," kata beliau.

Pada 1 Sept, Pang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) kerana mempunyai pendirian berlainan dengan parti itu setelah ia mengisytiharkan tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pang mewakili LDP memenangi kawasan pilihan raya Karamunting pada pilihan raya umum 2008 menewaskan calon Bebas Sak Cheong Yu dengan majoriti 3,362 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan