Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jika baki 30 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, maka sah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak layak merebut jawatan nombor dua itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Molly Cheah memberitahu mStar Online, data lengkap berkaitan pencalonan Nurul Izzah masih tidak diperoleh oleh pihaknya.

Sebaliknya, ia hanya akan diketahui sebaik sahaja kesemua baki 30 cabang parti terbabit menyerahkan senarai pencalonan mereka kepada Ibu Pejabat PKR.

"Saya sendiri tak begitu pasti mengenai kedudukan terkini senarai pencalonan bagi mereka yang layak.

"Setahu saya ada kira-kira 30 cabang lagi yang belum menyerahkan senarai pencalonan," katanya di sini, Selasa.

Molly berkata demikian ketika ditanya mengenai status pencalonan Nurul Izzah bagi bertanding jawatan berkenaan.

Sehingga kini, difahamkan Nurul Izzah hanya menerima satu pencalonan iaitu dari Keningau, Sabah.

Mengulas lanjut, Molly berkata perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi.

"Saya tak pasti mengenainya kerana kita masih belum terima senarai pencalonan daripada cabang-cabang berkenaan.

"Dalam 30 cabang itu, mungkin ada yang calonkan Nurul Izzah (jawatan Timbalan Presiden) atau mungkin juga tidak... anda kena tunggu senarai rasmi nanti," jelasnya.

Sebelum ini Nurul Izzah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Semasa ditemui di Parlimen, beliau enggan menyatakan pendiriannya mengenai perkara berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan