Ramai Anggota PKR Sertai Umno Bukti Perubahan Politik Melayu - Rais

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin ramai menyertai Umno menandakan telah berlaku satu rombakan besar daripada segi pendirian politik, khususnya kepada orang Melayu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaam Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata penyertaan beramai-ramai anggota PKR itu memberi isyarat jelas kepada pemimpin parti itu bahawa masyarakat Melayu sedia membuat perubahan dan meminggirkan politik kekeluargaan.

"Jadi warga dan anggota PKR yang masuk ke dalam Umno yang lebih 200 orang dalam tempoh yang tak lebih dari dua hari ini adalah satu cerminan yang jelas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepada Presiden Parti yang juga isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan juga kepada Yang Berhormat Nurul Izzah yang juga anak perempuan beliau bahawa parti PKR sudah sampai masanya menjadi satu lambangan yang boleh ditinggalkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan 215 anggota PKR ranting Lepar Utara di Pahang ke dalam Umno Selasa, sekaligus menyaksikan ranting itu dibubarkan.

Rais, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata kumpulan yang sedia kembali memasuki perjuangan asas ini akan sentiasa diterima secara terbuka oleh Umno demi untuk perubahan dan berjuang atas nama bangsa, agama dan negara.

"Saya bukan saja bercakap berkaitan kepolitikan negara tetapi saya bercakap demi orang Melayu. Sekarang sudah sampai masanya bagi PKR menyertai Umno di mana Presiden Umno dan juga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuka ruang bagi semua orang seperti ini memasuki semula perjuangan asas bangsa.

"Jadi tanda yang ada pada hari ini adalah tanda positif untuk perubahan dan jika orang Melayu sedar betapa pentingnya politik itu harus dikira dari segi bilangan dan kekuatan, inilah masanya (untuk bersatu) supaya orang 'tak jentik' kita lagi secara berleluasa ataupun memberi bahasa kesat kepada kita, lantaran dikatakan kita sudah mundur atau turun dari segi darjat politiknya," kata Rais.

Beliau berkata PKR seharusnya menjadikan parti Semangat 46 yang mana suatu ketika dulu dalam serba kepayahan cuba memperjuangkan agendanya tetapi akhirnya kembali menyertai perjuangan bersama-sama Umno untuk kepentingan bangsa.

"Diharapkan seruan itu dapat diterima dan kita alu-alukan warga PKR untuk memasuki Umno supaya perjuangan untuk bangsa, negara dan agama terus mencapai kejayaan. Cara pertama boleh ditunjukkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas 4 Nov ini. Kita akan lihat bagaimana terjemahan ini dapat dibuat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan