Persidangan Wanita-Wanita Pertama Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Wanita-wanita Pertama bermula Selasa, dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema "Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok" yang diadakan buat julung kali itu, yang turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Ucapan pembukaan pada kira-kira pukul 10 pagi dijadualkan berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, dekat sini, diikuti dengan perbincangan panel yang akan dikendalikan oleh Mishal Husain, dari British Broadcasting Corporation's (BBC).

Perbincangan panel membabitkan lima Wanita Pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 yang merupakan inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sidang Kemuncak itu di Seri Perdana malam Isnin.

Antara program yang dijadualkan untuk Wanita Pertama hari ini adalah majlis mengadap dan jamuan petang dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara dan pertunjukkan kebudayaan di Istana Budaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan