Pelbagai Kaum Nikmati Pembangunan Daripada Kerajaan Pusat Di Gua Musang

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Masyarakat Cina di empat kampung di sekitar bandar ini menikmati pembaharuan hidup berikutan banyak projek yang dilaksanakan kerajaan persekutuan di kawasan itu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung.

Beliau berkata keadaan itu membuktikan rakyat berbilang kaum menikmati kemajuan sama rata dan tidak ada yang tercicir setakat ini.

Bagaimanapun beliau berkata walaupun suasana hidup mereka telah berubah tetapi kerajaan sentiasa merancang untuk membawa lebih banyak pembangunan supaya seimbang dengan bandar-bandar besar yang lain.

Menurutnya perancangan yang lebih teliti bagi kementeriannya sekarang ialah pembinaan rumah yang mampu dimiliki penduduk berpendapatan rendah.

"Kita lihat kebanyakan penduduk tidak mampu lagi membeli rumah yang dibina syarikat swasta dan kita sedang membuat penelitian mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita semasa melawat Kampung Baru, di sini, Selasa.

Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata kementeriannya telah dimaklumkan lebih awal bahawa golongan berpendapatan rendah tidak lagi mampu memiliki rumah disebabkan harganya melambung tinggi di sini.

"Kita rasa perkara itu boleh diselesaikan menerusi banyak kaedah dan kita juga tidak boleh menahan kenaikan harga rumah berikutan keadaan ekonomi semasa," katanya.

Beliau yakin pengundi masyarakat Cina di DUN Galas ini menyokong Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa kepada mereka.

"Penduduk yang saya temui nampak begitu komited dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas kepada parti untuk kemenangan calon BN nanti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan