Pas Tak Bawa Isu Royalti Dalam Kempen Di Galas

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 Nov ini, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Chek Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia pada 27 Sept lepas akibat kanser.

Menurut Mohd Amar, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ianya tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.

Beliau menolak dakwaan yang PAS menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Mohd Amar berkata beliau yakin PAS akan menenang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan