Parti Komponen BN Elak Debat Dasar Yang Dipersetujui - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa semua pimpinan komponen Barisan Nasional (BN) mengelak daripada membangkitkan isu atau dasar yang telah dipersetujui sejak dahulu.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut meminta supaya isu-isu sebegini tidak didebatkan secara umum sebaliknya dibawa berbincang mengikut saluran yang betul.

Seeloknya pemimpin parti komponen BN sama ada MCA, Gerakan dan Umno, menggunakan saluran yang betul seperti guna wakil Kabinet berhubung sebarang pertikaian, katanya kepada pemberita selepas perasmian Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPL) di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terus membangkitkan isu mengenai penguasaan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus di perhimpunan agung parti itu Ahad lepas.

PIPL dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dihadiri kira-kira 8,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Persekutuan (JKKK/JKKP). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan