Kesedaran Hak Dapatkan Bantuan Guaman Masih Kurang

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kesedaran masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman atau diwakili peguam sekiranya ditahan atau ditangkap pihak polis masih kurang.

Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kedah/Perlis (PBGKP), Victor Paul Dorairaj berkata orang ramai perlu tahu mengenai hak mereka kerana setiap individu yang ditangkap perlu diberi penerangan tentang alasan mengapa mereka ditahan.

"Orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan segera mengapa dia ditangkap dan dibenarkan berbincang serta diwakili pengamal undang-undang pilihan mereka," katanya pada majlis perasmian Minggu Kesedaran Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010, di sini Isnin. Beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk badan kehakiman serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan kepada orang awam berkenaan hak-hak mereka.

Katanya salah guna kuasa akan berkurangan sekiranya rakyat mengetahui hak-hak mereka dan akses untuk mendapatkan keadilan adalah tidak bermakna jika orang ramai tidak mengetahui hak mereka.

"Setiap orang mesti mengetahui hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mereka untuk berbincang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka tanpa prejudis atau dituduh berat sebelah.

"Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah perundangan dan peguam boleh membantu, golongan kurang berkemampuan boleh mendapat khidmat guaman di pusat pusat bantuan guaman," katanya.

Menurut Dorairaj PBGKP merupakan salah satu daripada 15 pusat bantuan guaman yang ditubuhkan di bawah Majlis Peguam Malaysia dan sehingga kini terdapat tiga cawangannya iaitu di Kangar, Alor Setar dan Sungai Petani.

Sementara itu menurut beliau, pada 2008 daripada 108,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah Majistret di negara ini, lebih 84,000 individu tidak diwakili peguam.

Katanya sebanyak RM1.3 juta hasil sumbangan pengamal undang-undang MPM diperuntukkan untuk pusat-pusat bantuan guaman bagi 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan