JPJ Sita Mercedes Benz Guna Nombor Casis Sama Kereta Di Jepun

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan menyita sebuah kereta jenis Mercedes Benz CLS 350 bernilai RM500,000 setelah didapati menggunakan nombor casis yang sama dengan sebuah kereta di Jepun.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Mohd Nadzri Osman berkata perkara itu terbongkar bulan lepas apabila Jabatan Kimia mengesahkan lima digit nombor casis itu mempunyai persamaan dengan kereta lain di Jepun, selepas melalui proses pendaftaran di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Pengedar kereta itu ingin melakukan proses pendaftaran di Puspakom pada 24 Jun lepas tetapi tidak diluluskan kerana terdapat gangguan pada nombor casis dan meminta pihak JPJ membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata JPJ kemudiannya mengenal pasti nombor casis itu pada bahagian bawah tempat duduk pemandu.

"Kita telah buka dan kikis bahagian tempat duduk itu untuk periksa nombor casis dan minta pihak Jabatan Kimia untuk pengesahan nombor itu sama ada ianya mempunyai persamaan dengan kereta lain," katanya.

Mohd Nadzri berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Interpol untuk membongkar perkara itu.

Beliau berkata kereta terpakai yang berusia lima tahun itu diimport dari United Kingdom sebelum dijual di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan