Industri Bioteknologi Bersedia Masuki Fasa Kedua

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri bioteknologi bersiap sedia untuk memasuki fasa kedua Dasar Bioteknologi Negara dari 2011 hingga 2015, yang menumpukan untuk membawa hasil penemuan saintifik dan inovasi kepada pasaran.

"Fasa kedua merupakan fasa paling mencabar dan memerlukan lebih banyak kerjasama dengan pihak berkepentingan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Selasa.

Satu daripada faktor-faktor paling kritikal kepada usaha-usaha di bawah fasa kedua ialah pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia, terutamanya di peringkat global, katanya pada sidang akhbar mengenai BioMalaysia 2010, di sini.

Iskandar berkata satu daripada usaha untuk mencapai sasaran fasa kedua dengan berjaya ialah Program Bantuan Pengkomersilan (CAP), yang dibangunkan bersama dengan Larta Institute of the United States.

"Kerjasama itu adalah untuk membantu meningkatkan kesediaan pasaran dan potensi usahawan bioteknologi perindustrian, yang berkaitan dengan sektor sains hayat," katanya.

Larta Institute meruapakan hab inovasi dan perbadanan bukan keuntungan dan bebas. Ia menyediakan perkhidmatan profesional dalam mereka bentuk dan menguruskan program pengkomersilan bagi syarikat awam dan swasta dan universiti.

Dalam mempercepatkan pengkomersilan, inisiatif utama BiotechCorp ialah pembangunan Bio-Xcell di Nusajaya, Iskandar Malaysia.

Penubuhan ekosistem bioteknologi yang dibina khusus bagi aktiviti R&D, pembuatan dan pengkomersilan dalam perindustrian dan bioteknologi penjagaan kesihatan akan dilaksanakan dalam tiga fasa bagi tempoh enam tahun.

Penyelidik, saintis dan usahawan boleh menjadi cemerlang di bawah keadaan itu, dan dengan kemudahan digerakkan bagi memastikan inovasi dan kejayaan dalam bioteknologi, kata Iskandar.

Setakat ini, terdapat sejumlah 173 syarikat berstatus BioNexus, katanya.

Pertumbuhan pendapatan mereka bagi suku pertama 2010 ialah 46 peratus, peningkatan besar berbanding kadar pertumbuhan bagi industri seluruh dunia antara 17 dan 22 peratus, kata Iskandar.

"Setakat ini, jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh syarikat BioNexus berjumlah RM1.121b bilion dengan 50 peratus sumbangan daripada pendapatan eksport," katanya. Pencapaian tersebut juga mengukuhkan status global dengan pelbagai pelabur asing dalam syarikat BioNexus, iaitu dari Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India, Itali, United Kingdom dan Amerika Syarikat, katanya.

BiotechCorp baru-baru ini menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Pertumbuhan draipada Frost and Sullivan dalam Anugerah Pertumbuhan, Inovasi dan pemilikan tahunan di Singapura.

Iskandar berkata sektor bioteknologi telah berkembang pesat dalam tempoh jangka pendek dan juga dijangka menyumbang 2.5 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan