Chong Lipatgandakan Khidmat Akhir-Akhir Ini - Peter Pang

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di sini pada Sabtu lepas, kebelakangan ini dilihat telah melipatgandakan usahanya dalam berkhidmat kepada rakyat.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin, penduduk Batu Sapi mendapati Chong lebih prihatin terhadap kebajikan mereka dan bekerja lebih keras.

"Orang-orang saya di sana malahan berseloroh dengan saya mengenai kemungkinan pilihan raya lebih awal! Saya tidak sangka yang ia akan jadi begini (kematian Chong)," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chong di sini Selasa.

Pang, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting yang terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, berkata Chong amat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

"Kami sentiasa berbincang mengenai bagaimana kami dapat memberikan khidmat lebih baik di kawasan kami. Kami juga membincangkan mengenai program yang akan kami laksanakan supaya tidak saling bertindih," katanya.

Pang, yang bertanggungjawab bagi portfolio belia dan sukan negeri, turut melahirkan rasa kagum dengan kewibawaan Chong sebagai penceramah yang mampu melontarkan idea dengan penuh yakin.

"Saya berasa amat sedih kerana telah kehilangan seorang rakan dan MP yang bagus. Saya mengucapkan takziah kepada Datin Linda (Tsen Thau Lin) dan keempat-empat anak pasangan ini," katanya.

Anak-anak Chong tiba dari Australia hari ini dan terus ke pusat pengebumian Fook Lu Siew untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bapa mereka.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri Datuk Yee Moh Chai, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Jahid Jahim dan wakil rakyat Sekong Datuk Samsuddin Yahya.

Upacara keagamaan akan diadakan pada 9 pagi, Khamis di Gereja Basil, Likas sebelum mendiang disemadikan di tanah perkuburan Cina di Batu 5, Jalan Tuaran.

Dalam kejadian Sabtu lepas, Chong, 54, meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah Mercedez Benz di Jalan Coastal, Tanjung Aru pada 11.40 pagi.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chong Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan