Bas Ekspres Delima Kini Di IPD Rembau Untuk Siasatan Lanjut

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Bas ekspres Delima yang dinaiki 34 orang penumpang yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau, Ahad lepas yang mengakibatkan 12 terbunuh, kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata proses siasatan itu juga akan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Polis juga akan menjalankan siasatan bagi melihat sekiranya pemandu bas itu memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah," katanya ketika dihubungi Selasa.

Katanya setakat ini pihaknya sudah menyerahkan semua barangan dan bagasi milik mangsa kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan.

Sementara itu Mizan berkata mayat tiga warganegara Myanmar yang maut dalam kemalangan itu sudah dituntut oleh Kedutaan Myanmar pada Selasa.

Beliau berkata mayat Pau Khan Tual, 21, Cin Thawa Tuang, 21, dan Kam Khaw Tual, 19, dijangka akan diserahkan kepada pihak kedutaan negara berkenaan di Hospital Melaka pada Selasa.

"Hanya tiga mayat ini sahaja yang masih belum dituntut manakala sembilan mayat mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 Ahad lepas, 12 maut di tempat kejadian, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, tiga kereta dan sebuah van terlibat dalam kemalangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan