Majlis Persandingan Angkasawan Negara Penuh Adat Istiadat

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis persandingan Angkasawan Negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos, yang bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, berlangsung dengan penuh adat-istiadat orang Melayu.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, dimulakan dengan sesi menepung tawar oleh kedua ibu bapa pengantin lelaki, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Datuk Sheikh Ahmad, diikuti persembahan nyanyian, sebelum majlis makan malam.

Kedua-dua mempelai bagaikan "pinang dibelah dua" dan kelihatan anggun dengan persalinan sedondon warna putih rekaan Datuk Bernard Chandran.

Selesai upacara menepung tawar, kedua-dua mempelai kemudian memotong kek pengantin yang menyerupai kapal angkasa Soyuz. Kira-kira 1,000 jemputan yang memeriahkan majlis itu terdiri daripada orang kenamaan, kaum keluarga, sahabat handai serta 100 angkasawan dari 35 negara.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir serta Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan