Galas: BN Mahu Menang Besar

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan bulan depan dengan majoriti besar.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pihaknya perlu turun membuat tinjauan ke kawasan berkenaan bagi mengetahui tahap sokongan pengundi terhadap parti itu.

"Kami harap dapat majoriti besar, kami perlu turun ke bawah untuk tinjau.

"Dalam setiap pertandingan, ada yang kalah ada yang menang... kami harap kami akan menang," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai persedian BN menghadapi pilihan raya berkenaan di Parlimen pada Isnin.

Hadir sama dalam pertemuan berkenaan ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Sebelum itu pada awal pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan mengenai strategi BN bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Najib turut menyampaikan surat perlantikan sebagai pengarah pilihan raya BN kepada Tengku Razaleigh pada pertemuan berkenaan.

Diminta mengulas mengenai ura-ura yang mengatakan beliau menawarkan diri bertanding bagi kerusi DUN Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata:

"Belum ada sebarang keputusan dibuat, tiada perbincangan mengenainya dibuat."

Selain itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, calon yang bakal mewakili BN pada pilihan raya itu nanti akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Umno yang berakhir 23 Oktober ini.

"Pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri pada masa yang sesuai selepas Perhimpunan Agung Umno," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Galas manakala penamaan calon pula pada 26 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September akibat barah usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan