Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Pengetua Didakwa Rasis

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin menolak usul tergempar bagi membahaskan mengenai kenyataan dua pengetua sekolah dari Kulai, Johor dan Bukit Selayang, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menolak usul Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkata, usul berkenaan adalah khusus dan mempunyai kepentingan awam.

Bagaimanapun menurut beliau usul berkenaan tidak perlu disegerakan.

"Saya difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Pada 7 Oktober lalu, Lim memfailkan notis bagi membahaskan usul tergempar itu di Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2).

Menerusi usul berkenaan, Lim mempersoalkan mengenai hasil siasatan berhubung kes berkenaan walaupun selepas dua bulan ia berlaku.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau di lobi Parlimen yang mempersoalkan keputusan Pandikar Amin menolak usul berkenaan tanpa menyatakan alasan kukuh.

"Usul saya ditolak, namun Speaker gagal menyatakan atau memberi penjelasan lanjut mengenai kenyataannya bahawa kedua-dua pengetua berkenaan sudah dikenakan tindakan disiplin.

"Tindakan disiplin yang bagaimana diambil oleh Kementerian Pelajaran dan JPA," soalnya.

Kedua-dua guru terbabit didakwa telah mengeluarkan kata-kata rasis dan menghina terhadap pelajar bukan Melayu termasuk melabelkan mereka sebagai 'pendatang', menggesa pelajar kaum Cina supaya "balik ke China" dan membandingkan benang sembahyang yang dipakai pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing.

Malah baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai kuasa berhubung perkara berkenaan kerana kes disiplin membabitkan pengetua di Johor dan Kedah itu sedang disiasat oleh JPA, dan hanya jabatan itu boleh mengambil tindakan terhadap mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan