Bertindak Secara Kolektif Dan Tegas Dalam Perjuangan Demi Kanak-Kanak - Rosmah

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya bagi semua Wanita Pertama di seluruh dunia untuk bertindak secara kolektif dan tegas dalam perjuangan demi kanak-kanak secara universal demi masa masa depan negara masing-masing dan rakyatnya, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensinya telah memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas itu, Rosmah berkata Wanita Pertama mesti menerima bahawa ia merupakan masalah mereka dan tidak boleh berharap seseorang akan datang membantu menyelesaikan isu-isu yang berlaku di tempat mereka sendiri.

"Jika kita tidak serius membantu dan memberi panduan kepada kanak-kanak itu bagi mengatasi beberapa cabaran sosial yang mereka hadapi, bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab pada masa depan," katanya dalam ucapan pembukaan pada perasmian Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 di Seri Perdana di sini, malam ini.

Sidang kemuncak tiga hari bertemakan "Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok" itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rosmah, yang juga penaung sidang kemuncak itu, berkata memandangkan kanak-kanak merupakan aset yang berharga, ia menjadi tanggungjawab warga dunia untuk membangunkan dan memelihara kanak-kanak hari ini.

"Dengan itu, mereka bukan sahaja mampu menghadapi cabaran yang biasa sekarang tetapi juga berkuasa berdepan dengan kemungkinan kerumitan esok.

"Saya bimbang memikirkan kos besar yang perlu dibayar kanak-kanak akibat kecuaian dan pengabaian yang dilakukan oleh kita, jika kita gagal untuk memelihara dan melengkapkan diri mereka untuk hidup dalam dunia yang penuh mencabar dan kompleks ini.

"Tanggungjawab dan kewajipan kita hari ini adalah bagi memastikan bahawa kanak-kanak kita dilengkapi bukan sahaja dengan pengetahuan hari ini tetapi juga dengan kemahiran asas yang perlu yang boleh menjadikan mereka tabah dan sentiasa bersiap sedia bagi menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia pada masa depan.

Rosmah berkata sebagai Wanita Pertama, beliau percaya mereka diletakkan secara strategik sebagai penyokong sosial untuk inisiatif masyarakat dalam lapangan kepimpinan, pendidikan, pemberdayaan dan pembangunan sosial.

Beliau berkata sebagai individu yang mempunyai keistimewaan yang menonjol, mereka berpeluang untuk membawa perkara itu kepada perhatian umum untuk ditangani dengan segera.

"Sebagai isteri pemimpin negara yang bekerja bersama, kita mempunyai peluang untuk menyokong agar perubahan mengambil tempat di seluruh negara yang diwakili di sini, yang akan membawa kepada penyesuaian yang komprehensif kepada idea kita di bahagian-bahagian lain di seluruh dunia," katanya.

Rosmah berkata Wanita Pertama perlu meneruskan sokongan berhubung kepentingan memperlengkapkan kanak-kanak itu sejak di peringkat awal secara berkesan dan mereka tidak sepatutnya berhenti sehingga matlamat dan objektif itu tercapai.

Beliau berkata rangkaian hubungan yang jitu di kalangan Wanita Pertama perlu diperkukuhkan dan ditingkatkan walaupun selepas sidang kemuncak itu berakhir, bagi membantu merintis jalan untuk kerjasama lebih erat dalam usaha untuk mencapai objektif perhimpunan ini bagi membina masa depan yang lebih baik dan pembangunan yang lestari bagi kanak-kanak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan