Muhyiddin Gesa Penuntut Di Luar Negara Pulang Berkhidmat Di Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam tempoh 10 tahun akan datang, banyak peluang pekerjaan yang ada di Malaysia dan kerajaan tidak mahu ia diisi oleh rakyat asing.

Beliau berkata telah tiba waktunya rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mahasiswa atau yang telah lama bermastautin dan berkhidmat serta menyumbang bakti kepada negara luar memikirkan untuk pulang berkhidmat di negara sendiri.

"Tidak kira mereka itu datang daripada bidang profesional apa sekali pun,tidak kira apa latar belakang sekali pun, tidak kira apa bangsa dan keturunan mereka sekali pun asalkan mereka rakyat Malaysia yang masih cintakan negara, pulanglah ke tanah air untuk khidmat kepada negara sendiri.

"Ini adalah satu perkara yang penting kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Australia di sini, Sabtu. Beliau berkata dalam tempoh 10 tahun akan datang, banyak aktiviti yang memerlukan tenaga pakar untuk membantu mempergiatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Muhyiddin berkata hampir 700,000 rakyat Malaysia kini berada di luar negara dan mereka ini telah memberikan khidmat yang baik di syarikat-syarikat gergasi luar negara.

Beliau berkata kerajaan akan melancarkan 'Talent Corporation' pada tahun depan yang akan menawarkan pelbagai galakan kepada rakyat Malaysia untuk pulang mengisi bidang-bidang yang negara perlukan.

"Inilah masanya untuk pulang berkhidmat di negara sendiri. Balik tengok apa yang negara boleh tawarkan dan apakah bakti yang boleh ditawarkan kepada negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan