Muhyiddin Diberi Tanggungjawab Pastikan GTP Capai Sasaran

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE:Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bertanggungjawab untuk memastikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Muhyiddin berkata keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada beliau dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa minggu lepas.

"Saya dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua enam perkara bidang NKRA yang diletakkan di bawah beberapa menteri peneraju bukan setakat dapat dipantau, tetapi kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menentukan sasaran setiap bidang itu tercapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Malaysia Melbourne, Ahad.

Dewan Malaysia setinggi empat tingkat yang diubah suai itu, kini mempunyai 20 bilik dan satu bilik VIP.

Muhyiddin berkata beliau akan bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), bagi memastikan GTP mencapai sasarannya.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan menteri yang terlibat dalam NKRA seperti dalam mengurangkan kadar jenayah, membanteras rasuah, memperbaiki infrastruktur di luar bandar dan meningkatkan sistem perkhidmatan pengangkutan awam.

"Saya belum tetapkan tarikh saya akan duduk dengan menteri-menteri yang terlibat (seperti) yang biasa dibuat oleh Perdana Menteri dulu bagi mendapatkan laporan dan merangka langkah seterusnya supaya setiap bidang keberhasilan utama itu dapat terlaksana dengan sebaik mungkin," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan telah menetapkan tempoh bagi sesebuah kementerian peneraju memenuhi sasaran yang ditetapkan.

"Oleh sebab saya baru diberi tanggungjawab ini, saya akan duduk dengan Datuk (Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) bagi mendengar mengenai NKRA Keselamatan Dalam Negeri sama ada sasaran yang ditetapkan tercapai, dan jika tercapai, apakah langkah seterusnya," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan dialog dengan penuntut Malaysia di Melbourne dan ketika ditanya mengenai permintaan supaya konsulat Malaysia dibuka di sini, beliau berkata perkara itu belum boleh dilaksanakan.

Ditanya mengenai pertemuan beliau dengan penuntut Malaysia di Sydney dan Melbourne, Muhyiddin berkata beliau menjelaskan mengenai bidang yang ada untuk mereka ceburi di tanah air setelah menamatkan pengajian.

"Saya tekankan tentang pentingnya mereka menjadi sebahagian komponen utama untuk memajukan negara...mereka harus menjadi penyumbang dalam kemahiran yang kita perlukan," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata kerajaan telah menjalankan usaha serius bagi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dalam negara dan menjana modal insan berkualiti.

Beliau berkata Perdana Menteri telah melancarkan dua inisiatif penting iaitu GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan meningkatkan taraf hidup semua rakyatnya.

"Memandangkan inisiatif di bawah ETP telah tersusun, saya yakin akan ada peluang perniagaan dan pekerjaan yang banyak di tanah air untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan