MCA Komited Jadikan BN Parti Pilihan Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA komited menjadi sebuah parti yang sensitif kepada kehendak dan keperluan rakyat negara ini sekali gus menjadikan Barisan Nasional (BN) sebuah parti yang menjadi pilihan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, bagaimanapun, itu tidak bermakna parti komponen BN kedua terbesar itu akan menjadi pengikut yang membuta tuli.

“Sebaliknya kita akan terus bercakap secara jujur dan ikhlas mengenai masalah rakyat dan MCA akan memastikan ia terus kekal relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA ke-57 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Ahad.

Sementara itu, setelah BN berada di tampuk pemerintahan selama lebih 53 tahun, Soi Lek akur sudah tentulah terdapat kelemahan tertentu seperti penyalahgunaan kuasa atau korupsi.

Tegasnya, MCA perlu menjadi sebuah parti yang sensitif kepada kehendak dan keperluan rakyat dan perlu terus bertindak sebagai suara rasmi mereka di dalam kerajaan dan terus diberi peranan dalam kerajaan.

“Janganlah mempertikaikan atau mempersoalkan kesetiaan MCA kepada BN dan juga komitmen kepada perkongsian kuasa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Soi Lek berkata, adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan kononnya hanya mengambil berat akan hal ehwal kaum bumiputera dan mengabaikan kaum bukan bumiputera.

Katanya, hakikatnya, semua bangsa telah memperolehi manfaat dan faedah daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dalam pada itu, Soi Lek memberitahu, MCA akan terus menyokong sebarang langkah-langkah afirmatif yang berteraskan keperluan dan merit dalam menentukan sebarang polisi pembangunan negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan