Kulasegaran Tunggu 'Formula Perpaduan' Dalam DAP Perak

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran akan menunggu 'formula perpaduan' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak sebelum memberi keputusan muktamad berhubung peletakan jawatannya itu.

Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata 'formula perpaduan' akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Memadai saya memaklumkan bahawa keputusan muktamad saya akan bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi yang akan mencari formula perpaduan untuk DAP Perak...parti didahulukan dan Kulasegaran perkara kedua," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini, Sabtu.

Sidang akhbar pada Sabtu merupakan yang pertama selepas Kulasegaran membatalkan majlis yang sama pada 2 Okt lepas untuk mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Datuk Ngeh Koo Ham sebagai pengerusi negeri.

Naib Presiden DAP Pusat itu dikatakan mahu mendedahkan segala punca yang membawa kepada krisis kepimpinan dalam DAP Perak selepas mesyuarat khas pada 1 Okt di Kampung Simee di sini gagal mencari jalan perdamaian dalam sidang media Sabtu lepas itu.

Bagaimanapun, Kulasegaran yang pulang ke Ipoh dari bercuti di luar negara semalam, sehingga kini masih belum dihubungi oleh Ngeh atau setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming untuk mengadakan sebarang pertemuan atau mesyuarat bagi menyelesaikan masalah dalaman kepimpinan DAP Perak.

"Namun begitu, saya dengan Ngeh tidak pernah bermusuh, kerana beliau masih lagi pengerusi saya," katanya.

Katanya beliau juga akan bertemu dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Ngeh serta semua pemimpin utama DAP dalam satu majlis makan malam yang akan berlangsung di Sungkai, Ahad.

"Saya mengulangi bahawa krisis dalam DAP Perak yang berlaku pada hari ini diselesaikan segera supaya parti bergerak ke arah misi politik menawan semula Perak dan juga kerajaan Pusat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Selain itu, beliau turut mencabar Ngeh berdebat secara terbuka mengenai dasar-dasar kepimpinan dan pentadbiran semasa pakatan pembangkang itu mentadbir Perak selama 11 bulan.

"Sudah tiba masanya parti politik di negara ini membincangkan hal-hal dalaman dan dasar parti secara terbuka. Biarlah para pengundi membuat keputusan dengan isu-isu berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan