Khalid Tawar Diri Tanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti yang dijadualkan bulan depan.

Beliau berkata keputusan itu bertujuan memperbetulkan keadaan PKR yang dilihat berada dalam keadaan berpuak-puak, termasuk kewujudan serangan peribadi terhadap sesetengah pemimpin parti berkenaan.

Katanya, keadaan itu perlu diperbetulkan segera jika parti mahu memperoleh kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahu memastikan keputusan saya ini memberi kesan positif kepada parti.

"Justeru, saya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai kesan yang akan timbul kepada pentadbiran dan perpaduan parti, jika saya bertanding," katanya kepada pemberita di kediamannya di Seksyen 7 di sini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan