DAP Tarik Sokongan Masyarakat Cina Kepada PAS – Soi Lek

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, satu-satunya perubahan yang berjaya dilakukan oleh DAP pada Pilihan Raya Umum 2008 ialah memperkasakan lagi kedudukan PAS dan menarik sokongan kaum Cina kepada parti itu.

Katanya, PAS akan berada di hadapan seandainya Pakatan Rakyat berkuasa.

“PAS tidak akan melupakan pendirian autokratiknya dan janganlah terkejut jika PAS mendapat peluang untuk berkuasa, ia akan kembali kepada pendirian asalnya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA ke-57 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Ahad.

Sebanyak 1764 perwakilan atau 74 peratus daripada jumlah keseluruhan 2369 perwakilan hadir.

Soi Lek berkata, MCA akan terus komited membela nasib masyarakat Cina, sensitif kepada keperluan mereka dan parti ini masih berperanan penting dalam kerajaan serta terus menjadi suara rasmi mereka.

Katanya, pihaknya sedar Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan pelbagai cabaran berat yang akan terus-menerus meletakkan perkongsian kuasa antara MCA dan BN di bawah tekanan.

“Kita telah melalui saat-saat manis dan masam, suka dan duka bersama sejak 12 pilihan raya yang lalu. Akan terdapat saat dan ketikanya, MCA perlu mengambil pendirian yang berbeza dengan Umno dan BN.

“Komitmen MCA terhadap konsep perkongsian kuasa ini yang telah dipegang sejak kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara tetap tidak berganjak,” katanya.

Bagaimanapun, Soi Lek menegaskan, ini tidak bermakna MCA akan menjadi pengikut yang membuta tuli tetapi terus menyuarakan apa yang dirasakan perlu untuk memperjuangkan kepentingan rakyat negara secara keseluruhannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan