Dahulukan Kepentingan Negara, Jangan Meminta-Minta - Najib

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu semua parti komponen BN tidak mengamalkan sikap meminta-minta untuk kepentingan kaum masing-masing sahaja sebaliknya mereka perlu mendahulukan perspektif dan kepentingan negara.

Perdana Menter berkata, meminta sesuatu daripada kerajaan adalah satu proses yang normal namun mereka perlu meletakkan perspektif negara di hadapan dan bukannya mementingkan kaum masing-masing sahaja.

“Sebab itu kita ada sikap tolak ansur, ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa kerana kita meletakkan kepentingan negara sebagai perkara utama.

“Janganlah kita meminta-minta sahaja, tetapi bila kita meminta mereka memberi sumbangan mereka senyap,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Wisma MCA pada Ahad.

Mohd. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahu setiap parti komponen perlu menjadi suara kaum yang mereka wakili tanpa mengabaikan kepentingan negara ini.

“Sebab itu MCA jadi parti suara kaum Cina. Ini bukan sahaja soal menunaikan permintaan mereka sahaja.

“Sesiapa sahaja boleh minta apa sahaja. Saya pergi kepada MCA mereka minta, saya pergi kepada MIC juga mereka minta. Saya pergi kepada parti di Sabah dan Sarawak mereka minta. Saya pergi kepada orang Telegu pun mereka minta juga daripada saya,” katanya.

Beliau turut menyeru pemimpin MCA di semua peringkat supaya mengamalkan sikap tolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum.

“Kita perlu bantu semua rakyat dan bukan hanya kaum Cina sahaja. Jika kita lihat orang Melayu dan India susah kita perlu bantu mereka.

“Saya gesa Umno supaya melakukan perkara yang sama juga. Saya jaga awak, awak jaga saya” katanya.

Jelasnya, pemimpin MCA di semua peringkat supaya bekerja keras dan melakukan penambahbaikan kepada bahagian masing-masing menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Turun naik dalam politik adalah perkara biasa, tetapi kalau kita ada kepimpinan yang bersatu-padu, bergerak sebagai satu pasukan, kepimpinan yang dedikasi dan setia, kita pasti akan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

“Saya tidak khuatir sangat keputusan PRU 2008, saya lebih khuatir sekiranya kita ada masalah dalaman dikalangan parti komponen BN,” katanya.

Mohd Najib yang juga sebagai Pengerusi BN berkata, niat beliau hanyalah satu iaitu mahu melihat MCA menjadi sebuah parti yang kuat pada masa hadapan.

“Demi kepentingan masyarakat Cina di negara ini, kita mahu MCA yang kukuh dan efektif.

“Pada hemat saya, kepimpinan MCA yang baru telah mula bekerja sebagai satu pasukan untuk megerakkan dan menyatukan ahlinya sebagai sebuah parti yang kuat,” katanya.

Oleh itu beliau menyeru, setiap parti komponen perlu realistik dalam menentukan halatuju dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi kita telah mula lakukan perubahan itu dengan baik.

“MCA melakukan beberapa gerak tindakan yang boleh menaikkan kedudukan parti itu terutamanya di mata kaum Cina,” katanya.

Tegasnya, dalam melakukan perubahan, semua parti komponen BN perlu menjadi realistik dan tidak rasis.

“Kita dalam BN termasuk Umno mesti bagi ruang kepada MCA. Jika kita tidak beri ruang yang secukupnya kepada mereka.

“Jika tidak bagaimana kita hendak berharap MCA boleh memberikan keputusan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan