Cadangan Pindaan Perlembagaan MCA Ditolak Kerana Tak Cukup Kuota

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para perwakilan menolak cadangan pindaan Perlembagaan MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-57 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Ahad.

Artikel perlembagaan terbabit ialah Artikel 67 dan Sub-Artikel 67.7 dan Artikel 94 dan Sub94.7 .

Pindaan terhadap kedua-dua artikel tersebut adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan Pemuda dalam parti.

Pengerusi perhimpunan, Datuk Yik Phooi Hong mengumumkan, sebanyak 671 perwakilan bersetuju perkara itu dipinda manakala 392 membantah sementara satu undi rosak.

Bagaimanapun jelasnya, peratusan sebanyak 63 peratus bersetuju meminda Perlembagaan parti tersebut tidak mencukupi kuota untuk meluluskan sebarang pindaan perlembagaan.

“Sekurang-kurangnya dua pertiga atau 66.67 peratus undian diperlukan untuk meluluskan cadangan pindaan perlembagaan,” katanya sebelum sesi perbahasan ucapan Presiden dan resolusi.

Sebanyak 1,064 perwakilan mengundi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan