Beri Kami Galas - Ku Li

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas PAS meminta supaya Umno tidak bertanding di Galas, kini parti itu pula meminta PAS menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan kepada Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, PAS mahu Umno tidak bertanding demi untuk penyatuan Melayu.

Katanya, parti itu sepatutnya tidak perlu bersusah-payah kerana telah memiliki majoriti dua pertiga dalam DUN.

“Menang atau kalah tidak memberi perbezaan kepada PAS. Mereka sepatutnya beri kita kerusi itu percuma," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Kelab Anak-Anak Gua Musang (Kagum) di Bukit Jalil, di sini Ahad.

Ditanya, sama ada PAS sepatutnya berterima kasih dengannya dalam isu royalti minyak, Tengku Razaleigh berkata tiada siapa berhutang dengan sesiapa apa-apa pun.

“Saya ke depan dalam isu itu kerana (Allahyraham) Tun Abdul Razak mahu rakyat di Pantai Timur memperoleh manfaat dari pendapatan minyak," katanya sambil menegaskan bahawa undang-undang berkaiatan perkara itu yang digubal dulu telah disalahtafsirkan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Umno membantu bagi mendorong jentera pilihan raya BN untuk pilihan raya kecil Galas yang ditetapkan tarikh penamaannya pada 26 Oktober dan hari mengundi pada 4 November.

"Saya minta pemimpin dalam kerajaan untuk membantu sepenuhnya. Kita perlukan sokongan mereka untuk menguasai kerusi itu," katanya.

ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, PAS tidak banyak menyumbang kepada pengundi di Galas selepas BN tewas di kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kita yakin dapat merampas kembali kawasan itu dengan majoriti lebih besar. Dulu kawasan ini adalah kubu kuat kita jadi kita tak nampak sebarang masalah besar," jelasnya. Di Kota Baru, Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, beliau akan sentiasa bersama-sama membantu Tengku Razaleigh selain menerima arahan-arahan untuk memenangi kerusi berkenaan

"Saya tidak pernah ada apa-apa masalah dengan Tengku Razaleigh. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalamannya menjadi pendorong kepada jentera bekerja kuat dan merampas Galas.

“Beliau adalah individu terbaik untuk mengetuai jentera ini berdasarkan pengalaman 50 tahun beliau di Gua Musang,” tegas Mustapa yang juga Timbalan Pengarah pilihan raya BN.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan