Abdul Khalid Masuk Gelanggang, Tanding Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), malam Ahad.

Beliau membuat pengumuman berkenaan di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasminya di sini.

Dengan pengumuman itu, perebutan bagi jawatan nombor dua parti itu kini melibatkan empat pemimpin.

Tiga yang lain ialah dua Naib Presiden iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dikatakan akan mengumumkan pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam masa terdekat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan