PKR Akan Tentukan Nasib 'Doktor Ayam'

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib Datuk Dr. Lee Chong Meng sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Bintang hanya akan diketahui selepas Biro Politik parti menerima perakuan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan sekretariat.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, pihaknya mengambil perhatian serius ekoran kenyataan Lee pada Khamis yang menyatakan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dari parti kepada ibu pejabat MCA tengah hari Rabu sebaik pulang dari luar negara.

"Ertinya beliau mohon dan diterima sebagai anggota PKR semasa beliau masih menjadi ahli MCA, tanpa memaklum hal ini. Ini satu kesilapan.

"Lebih serius, Lee telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang dan Biro Politik telah bincang mengenai masalah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

PKR pada Khamis dikejutkan dengan laporan bahawa Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang itu mengumumkan keputusan untuk keluar dari MCA dan dengan rasminya menyertai PKR.

Lee yang popular dengan panggilan "Doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya kepada ibu pejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara. BERNAMA melaporkan, pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

Namun apabila Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman bahawa Lee akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan beliau memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk meninggalkan parti.

Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.

Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lepas apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan PKR, namun tidak menandatanganinya.

Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada tahun 2008 dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan