PKR Akan Dikritik Jika Nurul Izzah Rebut Jawatan Timbalan Presiden - Azmin

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara sinis berpendapat bahawa parti itu akan dikritik sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu merebut jawatan nombor dua berkenaan pada pemilihan bulan depan.

Azmin yang merupakan Naib Presiden PKR berkata bahawa beliau tidak terkejut jika parti itu dituduh sebagai 'dinasti keluarga' kerana dalam politik kritikan demi kritikan tidak dapat dielakkan.

“Dalam politik kita tak boleh elak dari dikritik. Kita kena menjelaskan penglibatan Nurul Izzah dalam parti tetapi apa yang saya tahu, saya tetap menerima apa jua keputusan," katanya di sini, Jumaat.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau sanggup berundur daripada pertandingan itu sekiranya Nurul Izzah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.

Katanya, anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pencalonan yang cukup untuk menawarkan diri bertanding.

Bagaimanapun, Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider yang beliau akan membuat keputusan Ahad ini selepas berbincang dengan 'kepimpinan parti'.

Dalam pada itu, Azmin mendakwa, isu nepotisme dan kronisme tidak timbul dalam parti berkenaan memandangkan Nurul Izzah berhak bertanding jawatan berkenaan.

“Tiada isu nepotisme dan kronisme dalam PKR. Nurul Izzah telah banyak memberikan pendapat bernasnya dalam banyak isu, dia adalah aset parti. Semasa ayahnya dipenjara, dia banyak menyumbang kepada parti.

“Nurul Izzah ada pengaruh yang kuat di kalangan generasi muda," jelasnya.

Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Gombak itu, menjadi tanggungjawab wanita muda itu memastikan sama ada dirinya sudah 'bersedia' bagi menjawat jawatan penting berkenaan.

“Mengenali Izzah, dia akan berbincang dengan pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.

Perebutan jawatan nombor dua dalam PKR itu merupakan yang paling panas sehingga menyebabkan dalaman parti berusia 12 tahun itu kelam-kabut ekoran pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan pelabagi pihak yang dicalonkan.

Azmin kini mendahului senarai pencalonan dengan 102 diikuti Zaid (38) dan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub (17).

Nurul Izzah popular dengan gelaran 'Puteri Reformasi' sepanjang peristiwa pemecatan, tangkapan dan tuduhan rasuah serta liwat ke atas ayahnya, Anwar sebelum merampas kerusi Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan