Pengurus Besar Bernama Dianugerah Gelaran Datuk

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Hasnul Hassan akan dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Sabtu.

Beliau akan menerima anugerah tersebut pada istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran kerajaan negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.

Sementara itu Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad Mohd Ashraf Abdullah dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Akmar Hisham Mohd Yusof juga akan dianugerah DPSM.

Pengarah Eksekutif, Operasi Editorial dan Berita Media Prima Bhd dan Kumpulan NSTP Berhad, Datuk Ahmad A.Talib pula dianugerahkan dengan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Pengarang Eksekutif Star Publications (M) Bhd Wong Sai Wan akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Pengamal media lain yang akan menerima anugerah ialah Wartawan Berita Harian Melaka Shukor Kasim (Bintang Khidmat Terpuji), di samping empat wartawan di Melaka dianugerah Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) yang terdiri daripada Norizan Muhid (Utusan), Mohamad Yatim Latip (Harian Metro), Wong Keng Lian (Sin Chew Daily) dan Tee Shin Ling (Kong Wah Yit Poh). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan