Pemuda UMNO JB Mahu Pengerusi Hindraf Dihalang Masuk Negara

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu mahu Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy dihalang daripada memasuki negara ini berikutan tindakannya mempertikaikan titah yang dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Ketuanya Khalid Mohamad berkata kenyataan Waytha Moorthy menerusi laman web Free Malaysia Today itu tidak boleh dimaafkan kerana beliau seolah-olah mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja-raja Melayu.

"Kita akan meminta kerajaan supaya menghalang kemasukan pengerusi Hindraf itu ke negara ini serta pada masa yang sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai demonstrasi aman seramai 200 orang bagi membantah kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Hindraf itu di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, Sabtu.

Khalid berkata demonstrasi secara aman itu juga bertujuan untuk mengingatkan masyarakat agar tidak sesekali mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu serta mempertikaikan hak-hak keistimewaan Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Sultan Johor pada 4 Oktober lepas mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, ini kerana akhir-akhir ini ada pihak yang begitu ghairah memperjuangkan kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah diperuntukkan sekian lama dalam perlembagaan.

"Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan ini akan hanya merosakkan keharmonian hubungan kaum dan kesejahteraan hidup masyarakat negara ini," titahnya pada majlis perasmian seminar khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan