Pembentangan Bajet 2011 Fokus Utama Persidangan Dewan Rakyat Bermula Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen daripada Umno perlu bijak membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan anggota parlimen kerana perhimpunan agung Umno tahun ini akan bertindih dengan persidangan Dewan Rakyat.

Mesyuarat ketiga, penggal ketiga Parlimen ke-12 akan berlangsung dari 11 Oktober hingga 15 Disember manakala perhimpunan agung Umno ditetapkan dari 17 hingga 23 Oktober.

Selepas enam minggu berehat, persidangan Dewan Rakyat kembali bersidang semula Isnin ini di mana fokus utama ialah Perbentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober.

Najib ketika berucap pada Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya semalam menyifatkan perbentangan Bajet 2011 sebagai yang akan menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Persidangan kali ini juga bakal menyaksikan beberapa lagi rang undang-undang yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada sesi lepas dibentangkan termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010, Rang Undang-Undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010; Rang Undang-Undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 dan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Selain itu, dua rang undang-undang yang ditangguhkan pada Jun lepas iaitu Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 turut disenaraikan untuk pembentangan pada persidangan kali ini.

Persidangan kali ini menyaksikan satu kerusi Dewan Rakyat kosong berikutan kematian anggota Parlimen Batu Sapi daripada Barisan Nasional Edmund Chong Ket Wah yang maut dalam kemalangan di Jalan Sembulan-Tanjung Aru, Sabtu.

Secara keseluruhan, komposisi Dewan Rakyat terdiri daripada 137 Barisan Nasional, 77 anggota Parlimen pembangkang dan lapan Bebas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan