Majoriti Peneroka Felda Tidak Terpengaruh Dengan Isu Negatif

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata daripada 89,350 peneroka yang terlibat dalam rancangan tanaman semula ketika ini, cuma 14,882 yang mengusahakannnya sendiri manakala selebihnya dijalankan oleh Felda.

Beliau berkata namun apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap 14,882 orang peneroka itu bagi memenuhi agenda politik mereka.

"Golongan ini telah cuba mengucar-ngacirkan pengurusan Felda dengan melemparkan pelbagai fitnah termasuk mendakwa Felda bankrap dan yang terbaru isu tanam semula," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan pemimpin peneroka dengan pihak pengurusan tinggi Felda di sini, Sabtu.

Mohd Yusof berkata berdasarkan laporan, daripada 14,882 yang terbabit dalam tanaman semula secara sendiri itu, seramai 1,346 peneroka telah kembali bersama dengan Felda.

Beliau berkata Felda sentiasa bersikap prihatin terhadap warganya dengan pelbagai program telah diaturkan seperti membina kekuatan agensi itu menerusi penggunaan teknologi di kalangan penerokanya.

Felda sejak beberapa tahun kebelakangan ini merancang untuk membabitkan secara aktif dalam aktiviti hiliran iaitu kegiatan yang mempelbagaikan bahan kelapa sawit dalam pelbagai fungsi seperti bahan makanan, perubatan dan sebagainya, jelas beliau.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan supaya Felda membayar bayaran tanam semula RM1,700 bagi setiap seekar tanah yang diusahakan sendiri oleh 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3, Mohd Yusof berkata keputusan mahkamah itu adalah selari dengan dasar Felda.

"Justeru tidak timbul soal agensi ini kalah dalam kes berkenaan seperti yang digembar-gemburkan dalam surat khabar milik sebuah parti pembangkang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan