Kerajaan Akan Sumbang Peruntukan Buat Yayasan Pendidikan Telegu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan turut menyumbang kepada yayasan pendidikan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Telegu Malaysia (TAM) bagi membantu anggota komuniti itu dalam negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau akan bermesyuarat dengan TAM untuk melihat perkara itu di samping berbincang mengenai jumlah yang akan dibekalkan buat yayasan tersebut.

"Sebagaimana yang anda tahu, apabila saya berjanji, saya akan akan pastikan ia ditunaikan," katanya pada Sambutan Warisan Telegu Malaysia 150 tahun di sini Jumaat malam.

Najib berkata demikian sebagai respons kepada permohonan pertubuhan itu untuk mendapatkan bantuan kepada yayasan pendidikan, yang disasar untuk membantu dalam membiayai pelajar-pelajar dari komuniti Telegu Malaysia di samping melatih guru-guru dalam bahasa Telegu.

Perdana Menteri berkata beliau melihat mobiliti ekonomi yang mantap di kalangan komuniti Telegu serta pencapaian yang cukup memberangsangkan dengan setiap keluarga dari komuniti itu pasti dianggotai oleh seorang profesional.

"Sudah tentu bukan semua berjaya menjadi profesional, tapi adalah menjadi harapan saya agar pencapaian anda akan bertambah baik di tahun-tahun akan datang. Saya mengambil berat terhadap harapan serta aspirasi anda, dan saya harap kerajaan dapat melakukan lebih lagi kepada anda di masa akan datang," katanya.

Najib berkata beliau juga akan berbincang dengan menteri yang berkaitan berhubung gesaan TAM supaya waktu siaran radio untuk program-program berbahasa Telegu ditingkatkan.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada empat generasi Telegu Malaysia yang menurutnya banyak menyumbang kepada kemajuan pembangunan di Malaysia.

Antara 12,000 hadirin yang berhimpun dalam sambutan malam ini termasuk dari kaum Telegu dari India, Singapura, Mauritius dan Dubai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan