Kelantan Akan Beri 2,000 Geran Tanah Kepada Peneroka

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

"Kelantan merupakan negeri pertama memberi kelulusan hak milik kepada peneroka individu di tanah rancangan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pemuda PAS Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Markas PAS Gua Musang, di sini, Sabtu.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua tanah rancangan Felda itu bukan dalam kawasan DUN Galas tetapi kerajaan negeri berhak memberi geran hak milik kerana mereka telah menjelaskan semua hutangnya.

Ditanya mengenai pemilihan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas, Husam berkata memang sudah ada calon dan perwatakannya sama seperti bekas penyandang, Allahyarham Che Hashim Sulaima.

"Pemilihan calon akan diputuskan dalam sedikit masa lagi," kata Husam, yang juga Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Kelantan. Katanya parti itu yakin akan mendapat sokongan masyarakat Cina, India dan Orang Asli di kawasan itu bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim, 45, dari PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan