350 Jemaah Haji Pertama Berlepas Ke Tanah Suci

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 350 daripada 26,000 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada penerbangan pertama malam Jumaat.

Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Datuk Abi Musa Asa'Ari Mohamed Nor berkata rombongan pertama yang melibatkan tiga waktu penerbangan itu akan berlepas pada pukul 1.30 pagi dan mereka dijangka tiba 10.20 pagi Sabtu.

Penerbangan seterusnya adalah pada pukul 5 dan 8 pagi ini.

Beliau yang ditemui ketika pelepasan itu berkata semua jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan ketika berada di Tanah Suci serta mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji.

"Jemaah haji Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah dari segi displin kerana kebanyakkan dari mereka akur kepada setiap arahan yang ditetapkan terutama yang melibatkan kedua-dua belah negara," katanya. Abi Musa berkata kerajaan Arab Saudi juga mengiktiraf jemaah haji Malaysia sebagai kumpulan jemaah yang terbaik di dunia berdasarkan disiplin dan sopan santun mereka ketika mengerjakan ibadat haji. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan