Pusat Kajian Aeroangkasa Di Cyberjaya Menjelang 2015

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Sebuah Pusat Kajian Aeroangkasa dan Sains Antarabangsa, yang pertama di Asia, dijangka siap dibina di tapak seluas 12.12 hektar di Taman Sains Selangor 2 (SSP2) di sini menjelang 2015.

Projek pembinaan pusat berkenaan adalah atas usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Advanced Science Education Asia Sdn Bhd., (ASEA) yang dipengerusikan oleh angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata mereka akan bekerjasama dengan agensi angkasa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan Agensi Aeroangkasa Soviet untuk membangunkan pusat itu.

"Butiran mengenai projek itu sedang dirangka," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PKNS dan ASEA di sini Khamis.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, majlis itu turut dihadiri lima angkasawan lain iaitu Klaus-Dietrich dari Jerman, Sergey Treschev dan Vladimir Lyakhov (Russia), Mirsolaw Hermaszewski (Poland) dan angkasawan Korea Selatan, Soyeon Yi.

Kesemua angkasawan itu adalah antara 65 angkasawan dari 17 negara yang menghadiri Kongres Planet ke-23 selama lima hari anjuran Persatuan Penerokaan Angkasa (ASE) di Kuala Lumpur mulai Selasa lalu.

Othman berkata projek tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab komuniti sosialnya (CSR) dengan tujuan menyediakan peluang pendedahan bidang sains untuk kanak-kanak di negara ini.

Katanya projek usahasama itu akan memanfaatkan semua pihak serta memberi identiti baru kepada Taman Sains Selangor.

Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata penubuhan pusat itu bakal memupuk semangat cintakan sains di kalangan anak-anak muda.

"Saya memang dah lama nak cari tempat untuk membuka pusat kajian sains dan mencari satu institusi di mana kita boleh belajar segala-galanya mengenai ilmu falak, astronomi dan angkasa lepas dan sains di bawah satu bumbung," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan